Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia kini melonjak lagi berdasarkan kemas kini semasa.
Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya terus mencatatkan unjuran positif berdasarkan kemas kini semasa.
Malaysia meraih mata penting dalam dua pertemuan terakhir apabila mengikat Kyrgyzstan, 1-1 sebelum membenam Chinese Taipei 3-1 di laman sendiri.
Kejayaan itu menyaksikan pasukan yang dibimbing oleh Kim Pan-gon memperoleh tambahan mata penting untuk membawa pasukan menghampiri kelompok 130 terbaik duni.
Harimau Malaya kini naik satu lagi tangga ke kedudukan 134 dunia berbanding 135 sebelum ini dengan 1107 mata namun masih dipisahkan dengan mata kecil kepada Indonesia di tangga ke-133 dunia.
Indonesia kini mengumpul 1108 mata selain layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, September nanti.
Malaysia kini merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara di belakang Thailand (101), Vietnam (115) dan juga Indonesia (133).
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah berdepan beberapa lawan di Pestabola Merdeka 2024 sebelum melangkah ke Piala AFF 2024 akhir tahun ini.
Dua kejohanan ini bakal menjadi detik penting kepada Pau Marti Vicente yang bergelar sebagai Ketua Jurulatih sementara Harimau Malaya.