Kim Pan-gon Dedah Punca Tinggalkan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendedahkan sebab Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon meletakkan jawatan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah memegang tampuk kejurulatihan Malaysia sejak tahun 2022 dan memacu rekod cemerlang pasukan.

Ad
Advertisement

Tempoh beliau bersama skuad kebangsaan bagaimanapun akhirnya menemui titik noktah apabila beliau memilih untuk berpisah dengan pasukan negara.

Ad

Pengumuman oleh FAM di Wisma FAM telah mengesahkan bahawa Pan-gon tidak lagi bersama Harimau Malaya.

Advertisement

“Kepada penyokong bola sepak Malaysia, hari ini saya ada mesej yang sedih kepada semua. Saya telah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia atas sebab peribadi.

FAM juga menjelaskan bahawa terdapat usaha untuk memujuk Pan-gon agar kekal bersama Harimau Malaya namun menemui jalan buntu.

Ad
Advertisement

“Untuk pengetahuan semua, Pan Gon telah berjumpa dengan pihak pengurusan FAM bagi menyatakan hasrat beliau untuk memendekkan tempoh kontraknya.

Ad

“Ia disusuli dengan beberapa lagi perjumpaan selepas itu yang mana kita cuba untuk memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu tetapi pada akhirnya, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Advertisement

“Kami menghormati keputusan beliau dan bersetuju untuk melepaskan Pan Gon dengan persetujuan bersama, biarpun beliau masih berbaki kontrak dengan FAM sehingga Disember 2025.

Tempoh kontraknya difahamkan berakhir pada Disember 2025 namun memilih untuk memendekkan tempohnya bersama skuad negara.

Advertisement

Malaysia telah merekodkan 20 kemenangan, 5 keputusan seri dan 10 kekalahan dalam tempoh dua tahun sejak dikendalikan oleh Kim Pan-gon.

Kemenangan terbesar skuad negara adalah ketika menentang Solomon Islands 10-0 manakala kekalahan terbesar berlaku di Piala Asia ketika menentang Jordan 4-0.

Advertisement