Tan Cheng Hoe Sahkan Dion Cools Belum Pulih Sepenuhnya Daripada Kecederaan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa pemain FC Midtjylland, Dion Johan Cools belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekaligus menyebabkan beliau digugurkan daripada senarai 24 orang pemain yang dibawa ke Amman, Jordan bagi menghadapi perlawanan persahabatan di sana.

Memetik laporan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, keputusan yang dilakukan oleh pengendali Harimau Malaya itu disebabkan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa dikeluarkan daripada senarai awal.

Ad

Ia menimbulkan tanda tanya peminat bola sepak tanah air disebabkan bintang Harimau Malaya yang berkelana di bumi Denmark itu dilihat berada dalam senarai bangku simpanan pasukan ketika bertemu Aarhus Gymnastikforening semalam.

Ad

Namun begitu, Cheng Hoe memberitahu bahawa keadaan pemain itu yang belum cergas sepenuhnya memaksa beliau tidak membawanya bagi siri persahabatan kali ini.

‘Dion Cools belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan,’-Jelas Cheng Hoe.

Ad

Ini sekaligus menjawab teka-teki apabila peminat melihat nama Cools turut dikeluarkan bersama-sama seorang lagi pertahanan Selangor FC, Syahmi Safari beberapa hari yang lalu.

Ad

Namun begitu, pasukan negara dilihat tidak akan berdepan sebarang masalah apabila nama-nama seperti Irfan Zakaria, Dominic Tan dan kapten pasukan, Aidil Zafuan masih mampu untuk menggalas tugas dengan baik.

Ad