Tan Cheng Hoe: Saya Tak Pasti Tentang Masa Depan Saya
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe mengakui tidak pasti tentang kedudukannya bersama pasukan itu selepas tamat musim 2023/24.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Police Tero-Chiangrai United yang berlangsung semalam.

Ketika ini, Police Tero menghuni zon penyingkiran Thai League 1 dengan 25 mata selepas mengharungi 27 perlawanan.

Advertisements

Keadaan ini berlaku ekoran prestasi tidak menentu The Silver Shield Dragon dalam liga sepanjang musim 2023/24.

Meskipun Cheng Hoe dibawa masuk ke pasukan itu pada Mac lepas untuk menstabilkan Police Tero, prestasi pasukan itu tidak banyak berubah.

Advertisements

Sejak diberi amanah mengendalikan The Silver Shield Dragon, bekas jurulatih Harimau Malaya itu hanya meraih satu kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.

Walaupun belum pasti tentang kedudukannya pada akhir musim, fokus Cheng Hoe ialah memastikan anak buahnya untuk tampil cemerlang dalam tiga perlawanan terakhir liga.

Advertisements

“Sudah tentu. Sejak saya datang buat kali pertama di Thailand dan bekerja dengan Police Tero, secara keseluruhan saya gembira dengan pihak pengurusan.

“Para pemain dan staf kejurulatihan memberi sokongan padu kepada saya. Sudah tentu sama ada Police Tero kekal di Thai League 1 atau tersingkir ke Thai League 2, saya tak pasti tentang masa depan saya.

Advertisements

“Saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan. Tetapi bagi saya, saya mahu kekal di Thailand tak kira apa jua situasi kerana ini pengalaman baru untuk saya.

“Saya mahu belajar sesuatu dan beradaptasi dengan budaya tempatan. Saya juga mahu belajar tentang bola sepak Thailand,” katanya seperti yang dilaporkan SNE Sports.

Police Tero gagal meraih tiga mata selepas diikat tanpa jaringan dengan Chiangrai United semalam.

Selepas ini, The Silver Shield Dragon bakal berhadapan Sukhotai untuk aksi liga seterusnya pada 11 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram