Bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dijangka akan kembali mengemudi kelab Liga Malaysia pada musim hadapan.
Menurut satu ciapan di Twitter daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengatakan bahawa Tan Cheng Hoe akan kemudi pasukan yang sedang dilatih oleh Yusri Che Lah iaitu Perak FC.
Sebelum ini timbul khabar angin dimana bekas jurulatih kedah itu akan sertai pasukan daripada Lembah Klang namun beliau sendiri menafikan perkara tersebut.
Ada juga desas desus yang beliau bakal menggantikan tempat Benjamin Mora, Johor Darul Ta’zim akan tetapi JDT kini sudah ada jurulatih yang terbaru.
Teka-teki pasukan pilihan jurulatih berusia 54 tahun ini akhirnya terjawab.
Kali terakhir Tan Cheng Hoe menjadi jurulatih Liga Malaysia ialah pada tahun 2017 bersama Kedah FC.