Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Selangor Jadi Belasahan Di Asia
MakanBola
Nabil/ Makanbola
Sponsors

Selangor FC berjaya ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan selepas mengesahkan kedudukan naib juara Liga Super 2023 dengan menewaskan pencabar terdekat Kedah Darul Aman FC semalam.

Persediaan yang rapi perlu dibuat oleh barisan kejurulatihan Selangor yang diterajui Tan Cheng Hoe dalam menyediakan skuad yang lebih mantap pada musim hadapan.

Ad
Sponsors

Ini kerana peringkat asia merupakan satu tahap yang jauh lebih berbeza dan Cheng Hoe mahu membuat persiapan rapi agak Selangor yidak menjadi mangsa belasahan.

Ad

“Di peringkat Asia, persiapan memang betul-betul penting kerana kita lihat di Asia banyak pasukan sudah meningkat naik di satu tahap yang berbeza. Apa yang penting, kita masih ada masa untuk prepare lagi.

“Kita tidak mahu apabila bermain di peringkat asia, kita sentiasa dibelasah pasukan lawan,” jelas Cheng Hoe dalam satu sidang media selepas perlawanan menentang Kedah semalam.

Ad

Dalam aksi menentang Kedah semalam, Ayron Del Valle menjadi wira Selangor apabila berjaya meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-63 perlawanan.

Ad

Cheng Hoe turut memuji persembahan anak-anak buahnya seperti Brendan Gan dan Sam Sommervile yang mempamerkan satu persembahan berkualiti di Darul Aman dan mencuri tiga mata berharga untuk dibawa pulang ke Selangor.