Tang Jie-Ee Wei Kembali Bersama
UltraSukan
Olympics Malaysia
Sponsors

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei kembali digandingkan bersama dalam acara beregu campuran.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan keputusan untuk memisahkan Tang Jie-Ee Wei susulan isu yang membelenggu beregu keempat dunia itu.

Ad

Susulan itu, Tang Jie digandingkan dengan Chan Wen Tse untuk acara beregu campuran. Ee Wei pula bergandingan dengan Loo Bing Kun.

Ad

Berita beregu campuran kedua Malaysia itu dipisahkan mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah berharap keputusan memisahkan Tang Jie-Ee Wei ditimbang semula lebih-lebih lagi dengan nama mereka tersenarai dalam program Road to Gold (RTG).

Ad

Wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani kemudiannya memuat naik gambar kedua-dua pemain itu berlatih bersama bagi menghadapi saingan Sudirman Cup 2025.

Ad

“Kiriman pada yang rindu, mana tahu kasih bertaut kembali. BangMed bermain jodoh,” katanya di X baru-baru ini.

Ad

Ini membuatkan ramai peminat badminton negara percaya Tang Jie-Ee Wei bakal digandingkan semula di atas gelanggang.

Perkara ini kemudiannya disahkan BAM menerusi satu kenyataan yang disiarkan di platform rasmi mereka hari ini.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bakal kembali bergandingan dalam acara beregu campuran.

“Keputusan ini dibuat selepas permintaan yang dibuat kedua-dua pemain dan perbincangan antara pasukan kejurulatihan dan pemain-pemain,” kata BAM dalam satu kenyataan.

Tang Jie-Ee Wei dijangka kembali bersaing dalam saingan Singapore Open 2025 yang berlangsung dari 27 Mei hingga 1 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments