Tang Jie & Ee Wei Mungkin Berentap Di Final Taipei Open
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Beregu campuran nombor dua Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berpotensi menjadi lawan di pentas final Taipei Open 2025.

Ini kerana menurut perkiraan BWF, potensi itu mampu direalisasikan jika mereka berjaya mara ke peringkat akhir. Kejohanan ini menyaksikan Tang Jie dan Ee Wei menggalas cabaran dalam beregu campuran dengan pasangan berbeza.

Ad
Sponsors

Ee Wei berstatus pilihan keenam kejohanan bersama Loo Bing Kun bakal membuka kempen pusingan pertama dengan menentang beregu yang mara dari pusingan kelayakan.

Ad

Sebelum ini, mereka sepatutnya bertemu dengan wakil Indonesia, Adnan Maulana dan Indah Cahya Sari Jamil.

Walau bagaimanapun, aksi itu kemudiannya dirombak susulan kecederaan yang menimpa jaguh Chinese Taipei dan pilihan utama, Yang Po-hsuan. Situasi itu menyebabkan Po-hsuan menarik diri dalam acara beregu campuran dan beregu lelaki.

Ad

Tang Jie pula menggalas cabaran beregu campuran bersama Chan Wen Tse selaku pilihan ketujuh. Mereka akan menentang wakil Hong Kong, Lui Chun Wai dan Fu Chi Yan di pusingan pertama.

Ad

Beregu campuran bukan satu-satunya acara yang disertai Tang Jie dalam saingan Taipei Open. Beliau turut menyertai acara beregu lelaki bersama Wong Vin Sean.

Ad

Gandingan ini berjaya melepasi halangan pertama kelayakan dengan menewaskan wakil Republik Czech, Jiri dan Ondrej Kral. Mereka menang dengan keputusan 25-23, 21-18.

Tang Jie-Vin Sean perlu melepasi gandingan Malaysia-Korea Selatan, Goh V Shem dan Choi Sol-gyu jika mahu mara ke pusingan pertama. Sekiranya berjaya, mereka akan menentang pilihan keempat tuan rumah, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments