Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menyatakan bahawa ada sesetengah pasukan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim hanya untuk menerima kekalahan.
Pengendali kelahiran Argentina itu kelihatan kurang berpuas hati dengan prestasi pasukannya sungguhpun mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun masih berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya.
“Saya berpuas hati kerana bukan mudah untuk menentang pasukan yang meletakkan lima pemain dalam dua barisan.”
Solari menyifatkan ada pasukan yang hanya menunggu kekalahan dan hanya melengkapkan jadual di Liga Super ketika berdepan JDT.
“Saya rasa ada sesetengah pasukan yang datang hanya untuk tewas. Saya tidak sukakan ini. Pada akhirnya ini bola sepak, mereka boleh pilih apa yang mereka suka,” jelasnya kepada Astro Arena.
Pengendali muda ini yakin masih masih perubahan yang perku dilakukan dari sudut taktikal terutamanya untuk mencari ruang bagi memecahkan blok pertahanan lawan.
Skuad Harimau Selatan akan ke Kota Bharu bagi menghadapi tentangan Kelantan untuk terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super.