Tano Solari Mahukan Safawi Rasid Yang ‘Baru’
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memberi pesanan khas kepada pemain sayap sensasi pasukan, Safawi Rasid.

Pengendali kelahiran Argentina itu mendapat semula khidmat pemain berusia 26 tahun itu yang kembali dari pinjaman daripada kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Ad

Menurut satu kenyataan, Solari memberitahu bahawa Safawi tahu apa yang beliau minta kepadanya.

Ad

Malah, jurulatih muda itu amat yakin bahawa anak jati kelahiran Terengganu itu dapat kembali semula ke prestasi terbaiknya namun yakin setiap pemain memerlukan masa.

“Menurunkan Safawi hari ini adalah sebahagian daripada taktikal. Beliau perlu kembali kepada keadaan terbaik. Kadangkala dia (Safawi) memerlukan aksi permainan untuk mendapatkan semula keyakinan, membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan.”

Ad

“Safawi tahu apa yang saya mahukan daripada dia. Saya tak mahu Safawi yang dulu, saya mahukan Safawi yang baru,” jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Bekas pemain T-Team itu dimasukkan selalu pemain gantian pada babak kedua dan memberikan dimensi berbeza kepada jentera serangan Harimau Selatan.

Ad