Tano Solari Sahkan JDT Mungkin Hilang Khidmat Leandro Velazquez
MakanBola
Haziq / MakanBola
Sponsors

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengesahkan bahawa perancang tengah mereka, Leandro Velazquez mengalami kecederaan yang agak serius.

Perancang tengah berusia 33 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan dengan Endrick dan juga Hong Wan di bahagian tengah.

Ad

Khidmat beliau bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas insiden yang melibatkan pertembungan dengan pemain tuan rumah.

Ad

Tano bagaimanapun menjelaskan bahawa kecederaan pemain itu agak serius.

“Leandro alami kecederaan koyak di bahagian bawah lutut.”

Ad

“Saya tidak pasti sama ada beliau boleh diturunkan atau tidak pada aksi berikutnya.”

Ad

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan juga terpaksa menelan hakikat kehilangan penyerang berbisa, Bergson Da Silva yang turut berdepan kecederaan bertemu KL City.

Ad

JDT bakal melayan kunjungan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim dalam usaha untuk melebarkan kedudukan dalam saingan Liga Super.