ACL
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari kekal optimis pasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik berdepan jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale.

Advertisements

Solari mengakui perlawanan ini penting buat JDT bagi menjamin tempat ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Sedar tentang kelebihan yang dimiliki Kawasaki Frontale, Tano Solari bagaimanapun enggan mengaku kalah dan yakin JDT mampu mencipta sesuatu dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Ketua jurulatih itu sudah melakukan persiapan taktikal bagi menamatkan rekod kemarau kemenangan berdepan kelab Jepun itu.

Solari juga telah bersedia dengan ancaman pemain sayap Kawasaki yang mempunyai kepantasan serta pemain tengah mereka yang mampu menyerang menurut laporan Johor Southern Tigers.

Advertisements

Untuk rekod, Harimau Selatan masih belum membolosi gawang gol Kawasaki dalam 4 pertemuan lalu dengan rekod 1 keputusan seri dan 3 kekalahan.

JDT kini berkongsi 6 mata bersama Ulsan Hyundai manakala Kawasaki Frontale gah menerajui tangga pertama kumpulan I dengan mengumpul 12 mata.

Aksi seterusnya antara JDT dan Kawasaki Frontale bakal dimainkan di Stadium Kawasaki Todoroki dan ini merupakan kali pertama JDT menjejakkan kaki ke stadium tersebut setelah JDT menjadi ketua rumah bagi peringkat kumpulan ACL pada musim lalu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram