Inter Miami mengalami kekalahan memalukan dengan keputusan 6-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Al-Nassr lewat pagi tadi.
Al-Nassr tenang meledak tiga gol dalam masa yang singkat tanpa lagenda Portugal, Cristiano Ronaldo. Ikon Portugal itu menyaksikan perlawanan di tempat penonton selepas ditepikan daripada aksi persahabatan di Riyadh.
Perlawanan bermula dengan garang apabila pasukan Al-Nassr menjaringkan gol pertama menerusi sepakan deras pemain sayap, Otavio sebelum Talisca Brazil menggandakan jaringan yang kedua sejurus selepas itu.
Selepas beberapa minit gol kedua dijaringkan, bekas pemain Manchester City, Aymeric Laporte mencetak gol ketiga pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma dari jarak jauh terus menewaskan penjaga gawang Miami, Drake Callender.
Bersambung babak kedua, Al Nassr meneruskan momentum dengan meledak gol keempat menerusi sepakan penalti Mohammed Maran sebelum Talisca menyempurnakan hatriknya ketika berbaki perlawanan 17 minit.
Walaupun tanpa Lionel Messi, Miami ketika itu masih menurunkan barisan utama termasuk Sergio Busquets, Luis Suarez dan Jordi Alba.
Perlawanan berakhir dengan keputusan Al-Nassr 6-0 Inter Miami.