“Tanpa Dia, Ianya Mustahil” – Peter Cklamovski
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyifatkan tanpa sokongan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sukar untuk pasukan itu mengatur persiapan mantap.

Perkara itu dinyatakan jurulatih Australia berusia 46 tahun itu dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia dan Nepal.

Ad

Cklamovski memaklumkan Tunku Ismail memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya dalam pelbagai segi.

Ad

Ini termasuk kemudahan yang disediakan dan tempat penginapan buat para pemain dan staf kejurulatihan.

“Saya mahu memberi penghargaan dan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kerana menyokong kami 1,000,000%,” katanya.

Ad

“Dari segi kemudahan yang disediakan untuk kami. Hotel (penginapan), tanpa baginda itu tidak mungkin.”

Ad

Atas sebab itu, Cklamovski berharap skuad Harimau Malaya dapat menunjukkan prestasi terbaik apabila berdepan The Gorkhalis.

Ad

“Jadi, kami rasa bersyukur dan kami mahu menunjukkan persembahan terbaik untuk baginda. Untuk membuatkan bukan saja baginda bangga tetapi setiap rakyat Malaysia yang menonton perlawanan di televisyen,” tambahnya.

“Kami mahu mereka merasa teruja dan bangga serta mengambil langkah pertama (dalam kelayakan Piala Asia 2027) dan meraih kemenangan.”

Malaysia bakal berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments