Saingan ASEAN Championship 2024 yang sepatutnya bermula pada 21 November ini bakal dipinda ke satu tarikh lain yang lebih bersesuaian.
ASEAN Championship 2024 menyaksikan 10 negara Asia Tenggara kembali berentap untuk merebut kejuaraan bola sepak berprestij di rantau ini.
Thailand selaku juara edisi 2022 dijangka ingin memburu gelaran juara buat kali kelapan. Skuad Gajah Perang bakal berdepan cabaran musuh tradisi seperti Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
Meskipun begitu, ASEAN Football melaporkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) merancang untuk meminda tarikh kejohanan dari 21 November kepada 9 Disember ini.
Perubahan tersebut dibuat bagi mengelak berlakunya pertindihan jadual perlawanan ASEAN Club Championship (ACC) musim 2024/25 dengan ASEAN Championship 2024.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada AFF tentang perubahan tarikh kejohanan tersebut.
Malaysia bakal berentap dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura dan Kemboja. Sementara Brunei dan Timor Leste bakal bertarung untuk merebut slot kelima kumpulan.