Advertising
“Tawaran Memang Besar, Tapi Saya Tak Fikir Duit”
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Pemain skuad futsal Selangor, Syahir Iqbal Khan masih mahu kekal bersama The Red Giants dan tidak berhasrat untuk meninggalkan pasukannya itu hanya kerana duit.

Meskipun mendapat pelbagai tawaran, beliau berkata bahawa dirinya masih baru dalam arena futsal profesional dan mahu terus mengembangkan bakatnya bersama Selangor.

Ad

“Sebab bagi Syahir, Syahir terlalu awal lagi dengan Selangor. Jadi, Syahir nak dapatkan permainan, nak konsistenkan dulu dengan diri Syahir,” katanya selepas Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Selangor Futsal MPFL.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Ultrasukan (@ultrasukan)

Bintang muda berusia 19 tahun itu mengakui terdapat tawaran untuk beliau meninggalkan pasukan The Red Giants namun fokusnya untuk terus mendapat peluang bermain dalam perlawanan kompetitif.

Ad

”Tawaran memang besar, tapi kalau Syahir fikir duit, taknaklah. Syahir fikir nak main sebab Syahir (masih) muda. Syahir memang nak main, (tentang) duit, (letak) tepi dulu,” jelas beliau dengan nada tenang.

Ad

Beliau juga menyasarkan untuk membawa Selangor kembali menjulang kejuaraan selepas kali terakhir skuad Merah Kuning bergelar juara adalah pada musim 2022.

Ad

”Untuk musim ini, sudah tentu mahu jadi juara, bawa Selangor jadi juara semula, dan jika ada rezeki dapat panggilan kebangsaan lagi,” tambah beliau yang melakukan debut bersama skuad kebangsaan pada usia 18 tahun.

Syahir dan rakan sepasukannya bakal membuka tirai saingan MPFL 2024 berdepan Sabah pada Ahad di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.