Ads
“Tawaran Zamsaham Tidak Realistik” – GSK
Liga Super
TRW Kelantan FC

Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) menganggap bahawa tawaran pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham dianggap tidak realistik.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pelabur The Red Warriors merangkap Pengerusi GSK, Nik Hafiz mengenai permintaan melampau oleh Zamsaham terhadap kelab tersebut.

Advertisements

Katanya, GSK adalah gerakan sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dan menolak Zamsaham.

Advertisements
Advertisements

Hal ini disebabkan ia membawa kepada kemerosotan TRW Kelantan FC sehingga tersisih dari liga dan telah terkubur.

GSK juga telah menolak tawaran Zamsaham menjual TRW Kelantan FC sebanyak 3 juta kerana TRW Kelantan FC menanggung bebanan dan hutang yang besar iaitu kurang dari 5 juta.

Advertisements

Selain itu, TRW Kelantan FC tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang ini disebabkan kelab tidak bermain dalam mana-mana liga dan tidak mempunyai apa-apa aset.

Mereka juga menganggap bahawa tawaran Zamsaham erlaitan TRW Kelantan FC dengan harga rm1 dengan syarat pasukan TRW mestilah top 5 dalam masa 5 tahun adalah tidak realistik.

Perkara ini disebabkan kerana pasukan TRW Kelantan ini akan menjadi pasukan yang baru dibina dan akan mengambil masa untuk mencari rentak dan persefahaman antara pemain.

“GSK kekal dengan pendirian asal GSK untuk mengambil alih TRW Kelantan FC dengan rm1 bersama tanggungan hutang kurang dari 5 juta.

“Para pelabur TRW Kelantan FC secara keseluruhannya telah melabur lebih kurang sebanyak 16 juta kepada TRW Kelantan FC dari tahun 2020 sehingga 2023,” ujar kenyataan GSK.

Advertisements

GSK memohon kepada Zamsaham agar berjiwa besar menyerahkan TRW Kelantan FC kepada kami supaya kami dapat membina semula & memulihkan kembali kelab ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram