Tchetche Kipre & Aidil Sharin Kembali Bersatu di Kuching City
Transfer
Kl City/Kuching City
Advertisements

Perpindahan penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre menyaksikan beliau kembali bersatu bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin.

Perkara ini dikongsikan dilaman media rasmi pasukan Kuching City yang mengumumkan ketibaan pemain import terbaru bagi musim ini. 

Kedua-duanya saling mengenali ketika Tchetche Kipre menyertai Kedah pada 2020 dan pada waktu itu Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih Kedah dari 2019 sehingga 2022. 

Advertisements

Kuching City merupakan destinasi ke-4 dalam karier penyerang berusia 36 tahun ini beraksi di Liga Malaysia. Beliau sebelum ini beraksi bersama Terengganu, Kedah dan baru sahaja meninggalkan KL City musim lepas.

Untuk rekod, Tchetche Kipre membuat penampilan sebanyak 34 perlawanan, mencatatkan 20 jaringan dan 15 bantuan jaringan bersama Kedah sepanjang beraksi bagi musim 2020 hingga 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram