Dunia
Advertisements

Setelah dua pemain import iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula menjadi pemain naturalisasi, kini giliran pemain import Kedah Tchetche Kipre pula dikatakan bakal turut serta.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengakui pihaknya sukar untuk mencari pemain import yang berpotensi untuk dinaturalisasikan kerana kebanyakannya tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh FIFA.

Katanya, kriteria asas untuk seseorang pemain naturalisasi adalah beraksi di sesebuah negara selama lima tahun berturut-turut dan ketika ini hanya Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula sahaja yang layak.

Advertisements

“Sebenarnya kebanyakan pemain import di Malaysia ini tidak menepati kriteria bermain secara lima tahun berturut-turut di negara ini untuk membolehkan mereka bermain bersama Harimau Malaya,” kata Stuart.

“Kalau ada pun pemain import ini yang dah main tiga tahun di sini tetapi tahun keempat pergi main di tempat lain, selepas itu datang balik bermain di sini. FIFA tak benarkan macam itu, sebaliknya dia perlu bermain lima tahun terus di sini.

“Ada pemain import yang main terus lima tahun di sini tetapi sebelum itu, dia sudah mewakili negaranya dan secara automatik dia tidak boleh bermain untuk Malaysia.”

Advertisements
KIPRE TCHETCHE Tchetche Kipre Bakal Pemain Naturalisasi Seterusnya?
Tchetche Kipre

Stuart menjangkakan Malaysia tidak akan mempunyai sebarang pemain naturalisasi baharu dalam tempoh dua tahun akan datang dan sekiranya ada hanyalah Tchetche Kipre yang layak setakat ini. Dia turut menyatakan agak sukar untuk mencari pemain yang boleh dinaturalisasikan dalam masa terdekat berdasarkan syarat FIFA.

Stuart membayangkan bahawa pada 2021 atau 2022, penyerang Kedah Tchetche Kipre dapat dinaturalisasikan kerana dia sudah empat tahun bermain di sini dan pada 2021 akan genap lima tahun di bermain di Malaysia.

Kehadiran pemain naturalisasi banyak membantu Malaysia menaikkan ranking FIFA sehingga ke kedudukan 154 dunia dan diharapkan dapat naik sekurang-kurangnya tangga ke-130 pada tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram