Teerasil Dangda Tak Henti Meledak Untuk Thailand

teerasil dangda thailand Teerasil Dangda Tak Henti Meledak Untuk Thailand
Thailand FA
Hakim Johari @HakimJohari4
5:01pm 08/09/2023

Tua namun masih berbisa, itulah ungkapan yang tepat buat Teerasil Dangda ketika ini apabila masih mampu meledak gol buat pasukan kebangsaan Thailand sewaktu menentang Lubnan.

Teerasil Dangda berjaya menjaringkan gol kedua buat Thailand menerusi tandukan jarak dekat pada minit ke-85 perlawanan.

Lebih manis, jaringan tersebut merupakan jaringan kemenangan dan membawa Thailand ke peringkat akhir Piala Raja Thai. Thailand bakal bertemu pasukan Iraq untuk perlawanan akhir kelak.

Teerasil Dangda yang kini sudah mencecah usia 35 tahun masih menjadi sandaran utama pasukan Thailand dibahagian serangan apabila diturunkan selama 90 minit dalam perlawanan tersebut.

Malah dalam 2 aksi terakhir Teerasil Dangda bersama Thailand pada bulan Jun yang lalu, beliau berjaya menyumbang 2 gol iaitu 1 gol ke atas Taiwan dan 1 gol lagi ke atas China.

Teerasil Dangda juga muncul penjaring terbanyak dalam Piala AFF Mitsubishi 2022 yang lalu dengan 6 gol dan turut merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF dengan 26 gol.

Prestasi yang konsisten bersama pasukan kebangsaan menyebabkan penyerang sensasi Thailand itu masih relevan dalam perancangan ketua jurulatih Thailand, Mano Polking buat masa ini.