Tempat Ketiga Liga Super Jadi Rebutan Kuching City & Sabah
MakanBola
Kuching City FC

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam menjangkakan tempat ketiga bakal menjadi rebutan Kuching City FC dan Sabah FC.

Pandangan beliau dibuat berdasarkan prestasi kedua-dua pasukan dalam liga sejak kebelakangan ini. Sang Badak masih belum tewas dalam lima perlawanan terakhir liga.

Ad

The Cats pula melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada lapan perlawanan. Ini termasuk kemenangan 2-1 ke atas naib juara liga, Selangor FC.

Ad

Subramaniam percaya prestasi kedua-dua pasukan bakal menentukan siapa yang akan meraih kedudukan ketiga liga pada akhir musim 2024/25.

Beliau turut melihat prestasi semasa menyukarkan Terengganu FC untuk memberi cabaran kepada dua pasukan dari Borneo itu.

Ad

“(Persaingan Sabah, Kuching City dan Terengganu) menarik untuk disaksikan. Kemunculan Kuching City di bawah kendalian Aidil Sharin, mereka menunjukkan kemajuan yang ketara,” katanya dalam Arena Bola.

Ad

“Dengan keputusan-keputusan yang diraih kebelakangan ini, ini menunjukkan mereka ada kaliber. Sabah juga memberi tentangan pada akhir musim ini.

Ad

“Nampak seperti Terengganu sedikit ketinggalan selepas mereka tewas tempoh hari kepada Selangor.”

Kemenangan 1-0 Sabah ke atas PDRM FC menyaksikan mereka memintas kembali Kuching City dengan 39 mata.

Sabah berharap dapat meneruskan momentum apabila bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Alor Setar pada 12 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments