Tempoh Ali Olwan Di Selangor Dilaporkan Telah Tamat
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Jodoh penyerang Jordan, Ali Olwan bersama Selangor FC dilaporkan sudah berakhir.

Sejak menyertai Selangor dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), Ali dilihat banyak menyumbang kepada pasukan itu.

Ad

Ini terbukti dengan tiga gol dan satu bantuan gol daripada 18 penampilan. Ali turut membantu Merah Kuning muncul juara MFL Challenge Cup.

Ad

Kini, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan bekas penyerang Al-Shamal SC itu merupakan sebahagian daripada empat tonggak yang tidak dikekalkan Selangor.

Selain Ali, Selangor turut memilih tidak meneruskan khidmat Yohandry Orozco, Nikola Jambor dan kapten, Safuwan Baharudin.

Ad

“Pemain antarabangsa Singapura, Safuwan Baharudin, pemain tengah Venezuela, Yohandry Orozco, penyerang Jordan, Ali Olwan, dan pemain tengah Croatia, Nikola Jambor, telah rasmi meninggalkan Selangor,” katanya di X.

Ad

Penyerang Chile, Ronnie Fernandez juga berpotensi meninggalkan Merah Kuning meskipun masih memiliki baki kontrak setahun.

Ad

Tiga tonggak import yang dikekalkan Selangor untuk musim hadapan ialah Mohamad Abualnadi, Noor Al-Rawabdeh dan Alvin Fortes.

Pasukan itu juga dijangka memanfaatkan khidmat bek tengah Ghana, Richmond Ankrah selepas kembali dari tempoh pinjaman bersama Penang.

Perkara ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments