Advertisements
Tempoh Singkat Di Malaysia Tak Jejas Rentak Kemenangan Oman
Asia
MakanBola
Azri/MakanBola

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy lega pasukannya berjaya meraih tiga mata penuh meskipun persiapan di Malaysia agak singkat. 

Jurulatih berusia 62 tahun ini berpendapat kedua-dua buah pasukan mengalami kesukaran bermain dengan keadaan padang yang agak kurang memuaskan. 

“Seperti kamu tahu kami tidak lama di sini tetapi masih berikan yg terbaik. Bola sepak adalah kerja pasukan, 11 pemain dan lebih untuk mainkan bola sepak terbaik.

“Saya rasa dua pasukan hadapi masalah padang, kita tidak merasa kesukaran ini bersendirian,” kata Joraslav Silhavy dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Beliau bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya lagi lagi penjaga gol mereka, Ibrahim Al Mukhaini yang cemerlang menjaga gawang gol pasukan. 

“Kerja berpasukan dan bukan saya sahaja bertanggungjawab, pemain dan pasukan terlibat. Sebagai jurulatih, saya gembira dengan penjaga gol yang beraksi cemerlang. Ibrahim sentiasa tepat pada masanya,” katanya lagi.

“Sudah tentu bukan saya sahaja yang memberi kesan, ini kerja berpasukan (menang dua perlawanan awal), kita tidak lupa pemain berikan segalanya di atas padang seperti yg dirancang. Saya gembira untuk pemain Oman.

Selepas ini, Oman bakal bertemu Chinese Taipei. Oman ketika ini menduduki tangga kedua dalam kumpulan D berkongsi mata dengan Kyrgysztan.