Ten Hag: Tunggu, Man United Dalam Proses
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Pengurus Man United, Erik ten Hag memohon penyokong agar bersabar dan menilai pencapaian pasukan itu pada akhir musim.

Hal ini dinyatakan pengurus Belanda itu selepas melihat United diikat 3-3 oleh Porto dalam aksi kedua Liga Europa UEFA (UEL) di Stadium Dragao pada awal pagi 4 Oktober.

Ad

Marcus Rashford dan Rasmus Hojlund meletakkan United di hadapan dalam tempoh 20 minit. Walau bagaimanapun, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Pepe dan Samu Omorodion.

Ad

Selepas terikat 2-2 pada rehat separuh masa, Porto kemudiannya mendahului menerusi Omorodion. Hajat tuan rumah meraih tiga mata gagal apabila Harry Maguire menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan.

The Red Devils turut bernasib malang apabila kapten, Bruno Fernandes dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Ad

Meskipun United terus berdepan prestasi tidak menentu, ten Hag memohon agar diberi masa dan ruang untuk mengembalikan prestasi terbaik pasukan itu.

Ad

“Kita akan capai (sasaran pada awal musim). Jangan hakimi kami pada saat ini, hakimi kami pada akhir musim. Saya katakan perkara sama musim lalu, tunggu. Kita dalam proses (peralihan), kita akan jadi lebih bagus dan kita sekarang mempunyai dua musim di mana kita berjaya sampai ke final.

Ad

“Tunggu, kita perlu terus bangunkan dan bawa pasukan ini lebih maju. Kita akan bekerja, kita akan teruskan dan kita akan berjuang.

“Anda dapat lihat semangat dan hubungan antara staf dengan pasukan dan para pemain memiliki semangat kuat, mereka mahu cemerlang. Kita perlukan mentaliti yang bagus tetapi sebahagian aspek pertahanan, kita perlu perbaiki,” katanya seperti yang dipetik Eurosport.

Kedudukan ten Hag dalam bahaya susulan prestasi buruk United sejak awal musim 2024/25. Meskipun begitu, pengurusan United dijangka memberi masa kepadanya untuk memulihkan prestasi pasukan.

Seandainya perkara itu tidak berlaku dan ten Hag dipecat, United kini menilai beberapa nama sebagai pengganti beliau. Antara nama yang dicanang ialah Massimiliano Allegri dan Graham Potter.

Fokus ten Hag dan United seterusnya ialah aksi EPL menentang Aston Villa pada 6 Oktober ini.