Advertising
Terengganu Bakal Rombak Pemain Import Pasukan
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula membuat perancangan memperkuatkan pasukan. Dan Terengganu difahamkan bakal mencari seorang pemain import baru.

Ini berdasarkan satu laporan Nadi Arena yang menyatakan skuad Peteh bakal mencari seorang pemain import baru bagi menggantikan salah seorang daripada sembilan pemain import mereka.

Ad

Ketika ini, Terengganu memiliki khidmat kapten Habib Haroon, Adisak Kraisorn, Ivan Mamut, Argzim Redzovic, Sony Norde, Domagoj Pusic, Sardor Kulmatov, Omid Nazari dan Jordan Mintah.

Ad

Redzovic bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai pemain import selepas ini kerana menunggu status permohonan pemain naturalisasi negara diluluskan. Justeru, sekiranya statusnya itu diluluskan, maka ada lapan pemain import yang digunakan Terengganu ketika ini.

Laporan itu membuatkan penyokong skuad Penyu tertanya-tanya siapa pemain yang bakal digugurkan oleh pengurusan Terengganu. Dari segi gol, Mamut mendahului dengan tujuh gol diikuti oleh Mintah (empat gol) dengan Norde dan Adisak masing-masing dua gol.

Ad

Dari segi bantuan gol pula, penyerang Thailand itu mendahului dengan dua bantuan gol diikuti oleh Norde (satu bantuan gol). Sementara dari segi penampilan, Nazari merekodkan penampilan paling sedikit dengan lima penampilan bersama pasukan utama.

Ad