Terengganu Beraksi Tanpa Safwan & Shahrul Nizam Lawan Dong A Thanh Hoa
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Terengganu FC terpaksa melupakan dua tonggak utama mereka di bahagian pertahanan, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni menjelang aksi terbaru Shopee Cup.

Ini selepas pengendali Peteh, Tomislav Steinbruckner mengesahkan Safwan dan Shahrul Nizam masih belum cergas untuk aksi kedua Kumpulan A menentang Thanh Hoa.

Ad

Steinbruckner turut memberi bayangan bek kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad bakal kembali beraksi untuk aksi Shopee Cup.

Ad

Sebelum ini, Azam beraksi sebagai pemain gantian dalam aksi terbaru Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 15 September lalu. Bek kanan berusia 23 tahun itu masuk pada minit ke-43.

Selain dua bek tengah tersebut, Steinbruckner juga terpaksa melupakan khidmat penyerang baru Terengganu dari El Salvador, Nelson Bonilla.

Ad

“Persediaan seperti biasa ada masalah. Shahrul Nizam (Ros Hasni) mengalami kecederaan dan pemain baru, Nelson Bonilla tidak boleh diturunkan.

Ad

“Untuk semua pemain, saya harap mereka bersedia. Dalam beberapa sesi latihan terakhir, ada sedikit masalah dengan Safwan Mazlan. Beliau tidak menyertai beberapa sesi latihan tapi saya harap beliau dapat berlatih dengan normal bersama pasukan,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

Steinbruckner dijangka memanfaatkan khidmat Matthew Steenvorden, Argzim Redzovic dan Ubaidullah Shamsul Fazili untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shahrul Nizam dan Safwan.

Terengganu berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam saingan Shopee Cup. Ini selepas mereka dikecewakan Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan A pada 21 Ogos lalu.

Peteh dijangka berdepan cabaran sukar Thanh Hoa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 25 September. Ini kerana pasukan itu dibimbing bekas pengendali Kelantan FC dari Bulgaria, Velizar Popov.

Thanh Hoa turut hadir dengan momentum positif selepas menewaskan bekas juara V. League 1 2023, Cong An Ha Noi (CAHN) pada 20 September.