Terengganu kini bakal menerima tentangan sengit dipentas Asia setelah diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama pasukan hebat dari Indonesia, Australia dan Filipina.
Terengganu bakal memulakan aksi pertama Piala AFC menentang Bali United, kelab dari Indonesia. Bali United yang ditubuhkan pada 2015 pantas menampilkan prestasi memukau dalam saingan liga Indonesia apabila muncul juara Liga 1 Indonesia pada tahun 2019 dan 2021.
Bali United ketika ini dilatih oleh Stefano Cugurra yang merupakan jurulatih terkenal di Indonesia setelah berjaya memenangi kejuaraan liga bersama dua kelab berbeza iaitu Bali United dan Persija Jakarta.
Lawan dari Australia pula merupakan kelab Central Coast Mariners yang merupakan juara A-League 2022/2023 dan kelab tersebut ketika ini dipimpin oleh bekas pemain Johor, Abbas Saad.
Kelibat pemain sayap lincah mereka, Marco Tulio yang menjadi aset penting setelah menjaringkan 10 gol dan 5 bantuan jaringan buat kelab pastinya bakal memberi ancaman hebat kepada Terengganu.
Satu lagi wakil daripada Filipina, Stallion Laguna pula merupakan pemenang tempat ke-3 liga Filipina 2022/2023 menurut perkongsian dilaman rasmi Twitter Terengganu FC.
Stallion Laguna ketika ini dilatih oleh Ernest Nierras yang turut merupakan pembantu jurulatih skuad kebangsaan Filipina.
3 kelab ini pastinya bakal memberikan tentangan hebat kepada Terengganu dalam aksi kumpulan G Piala AFC 2023 kelak.