“Terengganu Bermain Tanpa Tekanan” – Akhyar Rashid
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menyifatkan pasukan itu beraksi tanpa tekanan apabila berdepan Selangor FC.

Terengganu bertandang ke Stadium MBPJ dengan harapan dapat mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Ad

Meskipun begitu, Peteh berdepan tugas sukar menentang Merah Kuning yang dibimbing Katsuhito Kinoshi. Ini kerana Selangor telah meraih dua kemenangan daripada tiga aksi menentang Terengganu dalam musim 2024/25.

Ad

Ini termasuk kemenangan 4-1 yang diraih dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA pada 3 Ogos 2024.

Meskipun sedar dengan cabaran yang akan dihadapi Peteh, Akhyar menganggap pasukan itu turun tanpa tekanan.

Ad

Beliau percaya ini akan memberi kelebihan kepada Terengganu bila berentap dengan Selangor nanti.

Ad

“(Bermain di Stadium MBPJ), itu kelebihan kepada mereka. Tapi apa yang saya boleh cakap untuk kita ialah kita bermain tanpa tekanan, hanya nikmati permainan.

Ad

“Kalah menang, adat permainan. Kalah menang, kita terima tapi yang penting, kita akan bagi 100% untuk dapatkan slot ke Shopee Cup,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Terengganu amat memerlukan kemenangan untuk merapatkan jurang mata dengan Kuching City FC dan Sabah FC. Ini kerana kedua-dua pasukan itu masing-masing di tangga ketiga dan keempat dengan 36 mata.

Selangor dan Terengganu bakal berentap di Stadium MBPJ pada 5 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments