Terengganu Dapat Aura Baru Ke Piala AFC
MakanBola
Terengganu FC

Menjelang aksi Piala AFC yang bakal bermula pada September ini, Terengganu FC mendapat tonik baru menerusi pengenalan jersi away khas untuk kejohanan berkenaan.

Pengumuman jersi away baru ini dibuat pengurusan pasukan menerusi laman media sosial rasmi Terengganu FC beberapa jam lepas.

Tidak seperti jersi away Liga Malaysia (Liga M) yang menggunakan turquoise (hijau firus), pembuat jersi skuad Peteh, Umbro memilih warna hitam untuk jersi away Piala AFC.

Ad

Pemilihan warna ini dilihat bertepatan dengan slogan We Bleed Black & White yang sinonim dengan pasukan itu. Malah, seperti jersi home skuad Penyu musim ini, Umbro menjadikan bendera negeri Terengganu sebagai inspirasi untuk jersi ini.

Ad

Sejak diperkenalkan di media sosial, ramai penyokong memberi komen positif terhadap jersi berkenaan. Malah, ada yang berpandangan jersi away berwarna hitam ini lebih cantik dari jersi away yang digunakan Terengganu FC dalam Liga M.

Hal ini dibuktikan dengan melihat pemain-pemain skuad Peteh kelihatan segak menyarung jersi tersebut. Antara pemain yang menjadi model jersi terbaru keluaran Umbro itu ialah Azam Azmi Murad, Liridon Krasniqi dan Sardor Kulmatov.

Ad

Penyokong yang berminat boleh mendapatkan jersi berkenaan menerusi laman sesawang rasmi jualan cenderamata Terengganu FC.