Terengganu Jelaskan Isu Sekatan FIFA Telah Selesai
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pasukan Terengganu FC tampil memberi penjelasan tentang isu sekatan FIFA yang tular pada Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai laporan dakwaan pasukan Terengganu adalah antara 3 pasukan baharu yang berada di dalam senarai sekatan perpindahan oleh FIFA.

Ad
Sponsors

Hal ini berdasarkan semakan di pangkalan data badan induk bola sepak antarabangsa itu yang menyaksikan Terengganu dikenakan hukuman tersebut bermula pada 14 April yang lalu

Ad

Terkini, menerusi satu kenyataan di media sosial, Terengganu mengambil maklum tentang isu tersebut malah menjelaskan bahawa perkara itu telah pun selesai bersama bekas pegawai asing pasukan.

“Pihak Terengganu FC mengambil maklum perkara yang ditularkan berkenaan sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA atau FIFA Transfer Ban.”

Ad

“Sepatutnya isu ini tidak perlu dimainkan oleh kerana perkara ini telah diselesaikan sepenuhnya oleh pihak TFC pada April 2025 yang lalu,” jelas pihak kelab dalam satu kenyataan.

Ad

“Ianya melibatkan bekas pegawai asing pasukan dengan TFC apabila timbul sedikit pertikaian berkait bayaran elaun yang melibatkan 5 angka sahaja.”

Ad

Tambah kenyataan tersebut, pengesahan pembayaran yang memakan masa hampir 5 hari telah pun diperakui oleh FIFA dan sepatutnya tidak timbul sebarang isu kerana tempoh itu telah berakhir.

“Pengesahan penyelesaian penuh telah diperakui FIFA pada 21 April 2025 dan memberi masa 5 hari kepada penuntut mengesahkan bayaran.”

“Sepatutnya hal ini tidak timbul oleh kerana tempoh tersebut telah berlalu.”

Pihak pengurusan kelab berharap agar orang ramai dapat memahami dan jelas dengan prosedur tatacara kes apabila melibatkan FIFA serta penjelasan yang diberikan pihak TFC.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments