Terengganu Lancar Aplikasi Pintar
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC kini mengorak langkah ke hadapan dengan pelancaran aplikasi mudah alih khas buat para penyokong pasukan The Turtles tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial Terengganu FC, peminat akan menerima notifikasi terus ke telefon bimbit masing-masing berkenaan berita pasukan, perlawanan dan skor secara langsung.

Peminat juga boleh membeli barangan rasmi kelab melalui aplikasi mudah alih ini yang telah direkabentuk dengan paparan minimalis yang sangat memudahkan peminat untuk menggunakannya.

Advertisements

Menerusi tinjauan yang kami lakukan selepas memuat naik aplikasi ini, terdapat ciri-ciri penting yang bakal memudahkan pengguna aplikasi seperti pintu masuk stadium, pembelian barangan rasmi kelab, pembelian tiket hari perlawanan, jadual perlawanan dan berita terkini skuad Terengganu.

Tindakan Terengganu melancarkan aplikasi pintar ini wajar diberikan pujian memandangkan ianya adalah satu cara membantu kelab menjana kewangan disamping memudahkan penyokong membeli tiket dan lain-lain.

Aplikasi pintar ini boleh dimuat turun di AppStore dan Playstore secara percuma.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram