Ads
Transfer
Terengganu FC

Pasukan Liga Super Terengganu FC membuat keputusan untuk melepaskan pemain import mereka dari Croatia, Domagoj Pusic. Perkara tersebut dikongsikan di media sosial rasmi kelab sebentar tadi.

Advertisements

Ini bermakna jodoh Pusic bersama Terengganu hanya bertahan untuk enam bulan sahaja. Januari lalu, Pusic hadir ke Terengganu bersama seorang lagi pemain import dari Croatia, Ivan Mamut yang beraksi di posisi penyerang.

Advertisements

“Pemain tengah Terengganu FC, Domagoj Pusic secara rasminya dilepaskan oleh kelab pada hari ini. Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan bersama kelab dan selamat maju jaya bersama pasukan yang baru,” kongsi Terengganu FC di media sosial rasmi pasukan.

Advertisements

Advertisements

Bersama Terengganu musim ini, Pusic telah mencatatkan 13 penampilan dan menghasilkan satu bantuan gol buat skuad ‘Sang Penyu’ itu. Namun begitu, aksi goyah dalam beberapa perlawanan dipercayai menjadi punca Pusic dilepaskan.

Advertisements

Pusic merupakan pemain import pertama yang dilepaskan Terengganu musim ini. Dengan ketiadaan Pusic di bahagian tengah pasukan, posisi tersebut dijangka akan diisi pemain import baharu yang berasal dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram