Advertising
Terengganu Rombak Pasukan, Lepaskan Empat Import Termasuk ‘Kante’ Mereka
MakanBola
terengganu fc

Menamatkan Liga Super 2021 di kedudukan ke-4 dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia bukanlah satu pencapaian yang teruk namun ianya seperti belum mencukupi buat pasukan Terengganu FC (TFC) dan mereka berazam untuk lakukan lebih baik lagi musim hadapan.

Jadi dengan itu ada beberapa rombakan dibuat. Musim 2022 bakal menyaksikan pengendali TFC, Nafuzi Zain kekal menjadi ‘nakhoda’ dalam membawa pasukan menempuh saingan yang lebih sengit musim hadapan.

Beberapa pemain juga disahkan akan kekal bersama skuad TFC termasuk Faiz Nasir (sayap), Suhaimi Husin (penjaga gol) dan dua pemain import iaitu Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.

Ad

Tetapi agak mengejutkan apabila TFC melepaskan empat pemain import yang beraksi dengan baik pada musim ini. Antara yang dilepaskan ialah kapten pasukan, Carli de Murga, penyerang dari Brazil, David da Silva, Makan Konate dan Dechi Marcel yang digelar ‘Kante Ganu’. Dechi Marcel dikhabarkan akan ke pasukan dari utara musim hadapan.

Ad

Dengan hilangnya empat tonggak import, pastinya strategi Nafuzi dalam pasaran perpindahan akan menjadi perhatian agar kekosongan yang ditinggalkan dapat digalas oleh pemain yang lebih berkualiti.

Ada desas-desus mengatakan TFC bakal merekrut pemain antarabangsa Filipina yang beraksi di posisi pertahanan tengah, Luke Woodland untuk menggantikan rakan senegaranya Carli de Murga. Luke Woodland kini beraksi bersama Ratchaburi FC di saingan Liga 1 Thailand.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc)

Ad