Akhirnya, Terengganu FC memanfaatkan tetingkap perpindahan kedua dengan membawa masuk pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.
Perpindahan bekas pemain FC Neftchi Fergana itu disahkan pengurusan Peteh menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini.
Tukhtasinov dijangka mengisi slot bahagian tengah menyerang yang dimahukan jurulatih Penyu, Tomislav Steinbruckner dalam pasukan.
Beliau pernah dinobatkan sebagai antara pemain tengah terbaik Liga Super Uzbekistan. Tukhtasinov juga pernah mewakili negaranya sebanyak dua kali.
Begitupun, kehadiran Tukhtasinov dijangka mengundang persoalan tentang kedudukan salah seorang pemain import Terengganu FC.
Ini kerana skuad Peteh mempunyai sembilan orang pemain import ketika ini. Justeru, salah seorang daripadanya perlu digugurkan bagi memberi laluan kepada pendaftaran Tukhtasinov.