Liga Super
Selangor FC/Terengganu FC
Advertisements

Dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC dan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi penyokong untuk perlawanan minggu ketiga.

Advertisements

Kehadiran penyokong yang ramai membantu kedua-dua pasukan meraih kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing.

Terengganu ceria apabila menundukkan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0 dalam perlawanan derby Pantai Timur yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Advertisements

Ini disusuli kejayaan Merah Kuning membelasah Negeri Sembilan FC 4-0 di Stadium MBPJ yang berlangsung semalam.

Skuad Penyu mengungguli kehadiran minggu ketiga dengan merekodkan kehadiran 13,411 orang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Manakala 10,365 orang penyokong memeriahkan suasana perlawanan di Stadium MBPJ.

Advertisements

Perlawanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC turut menyaksikan kehadiran penonton ketiga tertinggi dengan 9,349 penyokong hadir di Stadium Darul Aman.

Walau bagaimanapun, hasrat Kedah menghadiahkan kemenangan buat penyokong setia mereka terbantut apabila tewas 2-0 kepada Perak.

Advertisements

Perlawanan PDRM FC dan Penang FC merekodkan kehadiran terendah seramai 631 orang di Stadium Selayang pada Sabtu lepas.

Jumlah keseluruhan penonton yang hadir ke stadium bagi aksi Liga Super minggu ketiga ialah 43,647 orang untuk enam lokasi perlawanan yang diadakan.

Advertisements

Angka ini sedikit berkurangan berbanding jumlah kehadiran penyokong di stadium pada minggu sebelumnya iaitu 55,447 orang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram