Terengganu FC (TFC) akhirnya bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain.
Perkara ini telah dikongsikan wartawan Utusan Malaysia, Tengku Danish Bahri dalam ciapannya di Twitter yang menjelaskan bahawa pihak TFC telah bersetuju untuk menawarkan kontrak setahun kepada Nafuzi Zain.
Ahli Lembaga Pengarah TFC turut berpuas hati dengan pencapaian pengendali berusia 43 tahun itu. Beliau diberi masa selama 14 hari untuk memberi maklum balas dan jawapan berkenaan tawaran tersebut.
Sebelum ini hangat desas-desus yang mengatakan Nafuzi Zain bakal Kedah Darul Aman bagi menghadapi saingan musim depan selepas pengendali KDA FC, Aidil Shahrin meninggalkan kelab.
Kini teka-teki itu bakal terjawab dan bakal menemui jawapannya samada Nafuzi memilih untuk kekal di TFC atau berkelana ke pasukan lain.
Terengganu FC dalam pada itu turut bersetuju untuk mengekalkan ketua jurulatih Terengganu FC II, III dan IV. Mereka turut ditawarkan untuk melanjutkan kontrak bersama TFC.