Terengganu Tawar Diskaun 75% Tiket Aksi Bertemu Kedah
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC menawarkan diskaun 75% untuk tiket aksi terakhir Liga Super musim 2024/25 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 20 April ini.

Inisiatif ini diumumkan pengurusan Peteh di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Ad

Ia dilihat sebagai tanda penghargaan buat para penyokong yang setia bersama pasukan sehingga akhir musim.

Ad

“Pihak kelab telah memutuskan untuk menurunkan harga tiket bagi perlawanan terakhir ini dari RM20.00 kepada RM5.00 bagi menghargai para penyokong yang telah memberikan sokongan ketika jatuh bangun pasukan ini sepanjang musim.

“Ini juga menjadi harapan kelab agar dapat menghimpunkan ribuan penyokong untuk hadir memberikan sokongan bagi ‘perlawanan perpisahan’ ini sekaligus meniup semangat para pemain untuk mengakhiri musim ini dengan kemenangan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Inisiatif ini berpotensi membantu Terengganu merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Ad

Rekod kehadiran tertinggi SSMZA ialah 31,689 orang yang dicatat pada 20 Julai 2024. Tarikh tersebut menyaksikan Peteh menewaskan Selangor FC 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA.

Ad

Kehadiran penyokong yang ramai juga diharap dapat membantu Terengganu mengakhiri kemarau kemenangan mereka.

Kali terakhir Terengganu mengecapi kemenangan ialah 27 Februari lalu. Tarikh tersebut menyaksikan Peteh membelasah Sri Pahang FC 5-1.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments