Syahrian Abimanyu Dedah Sisi Rendah Diri TMJ Yang Ramai Tak Tahu
Asia Tenggara
JST & Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemain tengah Persija Jakarta FC, Syahrian Abimanyu mengucapkan setinggi-tunggi penghargaan kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bintang sensasi Indonesia itu pernah menghangatkan kancah bola sepak Malaysia selepas menyertai pasukan JDT pada tahun 2020.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan perancang tengah berbakat yang dimiliki skuad Garuda dan sempat beraksi beberapa perlawanan bersama Harimau Selatan.

Advertisements

Beliau dalam satu temu bual bersama Bola Itu Life berkongsi detiknya ketika disambut dengan begitu luar biasa oleh TMJ ketika mula-mula menyertai pasukan.

Syahrian tidak menyangka sisi seorang pemilik kelab seperti TMJ yang menyambutnya dengan begitu baik ke dalam pasukan.

“Saya pertama kali bertemu TMJ, baginda mengucapkan selamat datang kepada saya.”

Advertisements

“Baginda (TMJ) seorang yang sangat merendah diri dan baik,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas bintang Madura United ini juga memberitahu bahawa TMJ pernah memuat naik jaringannya bersama Timnas Indonesia di Instagram Story milik baginda.

“Ada sekali baginda (TMJ) memuat naik jaringan sepakan percuma Abi di Timnas, saya sangat terkejut dan bangga.”

Advertisements

Beliau kini menjadi tunjang penting di bawah kendalian Thomas Doll di Persija dan menjadi watak penting untuk memacu cabaran pasukan bagi musim baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram