Advertising
“Terima Kasih Untuk Segalanya” – Dion Cools
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengendali kebangsaan, Pau Marti.

Jurulatih interim kelahiran Barcelona itu memangku jawatan ketua jurulatih selepas pemergian Kim Pan-gon ke Ulsan HD.

Ad

Beliau berjaya menamatkan penantian skuad kebangsaan apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan pasukan ke-112 dunia, Lubnan dengan keputusan 1-0.

Ad

Tugasan terakhir Pau Marti adalah aksi ASEAN Championship yang menyaksikan Malaysia terkandas pada peringkat kumpulan.

Ucapan menyentuh hati beliau mendapat respon positif daripada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan buatnya di luar sana.

Ad

“Tempoh bersama Harimau Malaya sudah berakhir. Ia satu penghormatan untuk mewakili negara hebat ini di seluruh dunia sejak Februari 2022 dan memori tersebut akan kekal selama-lamanya,” katanya di laman X.

Ad

Beliau juga terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Malaysia sepanjang mengendalikan Harimau Malaya.

Ad

“Kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, terima kasih atas sokongan anda yang berterusan, saya akan kenang layanan anda buat selama-lamanya.

“Jangan putus asa, jangan berhenti memberi galakan dan kekal bersemangat menyokong pemain-pemain, kita mampu capai semua perkara bersama-sama,” tambahnya.

Cools sempat meninggalkan respon singkat apabila mengucapkan jutaan terima kasih terhadap segala yang telah dilakukan oleh Pau Marti.

“Terima kasih untuk segalanya,” ujar Cools ringkas.

Peranan jurulatih Harimau Malaya bakal digalas bekas pengendali FC Tokyo, Peter Cklamovski. Jurulatih Australia itu bakal memulakan tugasnya pada 1 Januari 2025.