Terjahan Keras Pemain Arab Saudi Buat Thailand Derita
Asia
KBN NS
Advertisements

Usaha Thailand untuk layak ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 semakin sukar akibat tindakan seorang pemain Arab Saudi semalam.

Perlawanan kedua Kumpulan C itu menyaksikan seorang pemain The Green Falcons bertindak menerjah penjaga gol Gajah Perang, Soponwit Rakyart pada separuh masa pertama.

Insiden ini berlaku semasa beliau hendak membuat sepakan gol selepas berjaya mendapatkan bola.

Advertisements

Tindakan pemain tersebut menyebabkan bola terlepas daripada tangan Soponwit. Penyerang berbisa Arab Saudi, Abdullah Radif pantas mengambil bola berkenaan tetapi gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

Jurulatih Thailand, Issara Sritaro kemudiannya mengeluarkan Soponwit akibat kecederaan dan memasukkan penjaga gol gantian, Thirawooth Sruanson pada separuh masa kedua.

Perlawanan tersebut kemudiannya berakhir dengan kemenangan besar 5-0 buat The Green Falcons. Ini sekaligus membantu pasukan itu layak ke peringkat suku akhir.

Advertisements

Tindakan pemain berkenaan mengundang rasa tidak puas hati ramai peminat bola sepak Thailand sebaik dikongsikan pemilik akaun All Things Thai Football di X beberapa jam lalu.

Ini kerana dengan terjahan tersebut, ramai peminat merasakan pemain tersebut sepatutnya dilayangkan kad kuning atau merah oleh pengadil.

Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan statistik perlawanan di Sofascore, tiada layangan kad yang ditujukan kepada pemain Arab Saudi pada separuh masa pertama.

Advertisements

Dengan Soponwit dilaporkan terpaksa disisihkan daripada baki kempen kejohanan, situasi ini turut memeningkan kepala Issara selepas tamat perlawanan semalam.

“Pemain-pemain kita mengalami kecederaan termasuk penjaga gol. Ini memberi masalah (kepada pasukan) semasa perlawanan termasuk saat di mana kita hilang fokus.

“Bila anda mudah kehilangan bola, pihak lawan akan menyerang dan mendapatkan gol. Arab Saudi mengambil kesempatan daripada banyak kesilapan yang dilakukan kita termasuk saat bola yang dikatakan pada kedudukan ofsaid.

Advertisements

“Tetapi pemain-pemain kita menghalang bola dan menghantarnya kembali ke arahnya. Bila melihat keseluruhan perlawanan, itu merupakan kesilapan kita.

“Kita perlu kembali (merancang) dan melihat semula taktik dan kecederaan pemain untuk melihat sama ada mereka dapat pulih atau tidak untuk perlawanan seterusnya,” katanya seperti yang dipetik Changsuek.

Seandainya Thailand perlu melupakan khidmat Soponwit, pasukan itu dijangka memanfaatkan khidmat Sruanson dan penjaga gol Phrae United, Siriwat Ingkaew sebagai penjaga gol utama.

Thailand selepas ini bakal berhadapan dengan Tajikistan untuk aksi terakhir kumpulan pada 22 April.

Sekiranya berjaya menewaskan The Crown dan Iraq tewas kepada Arab Saudi, anak buah Issara berpeluang mara ke suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram