Advertising
Terjahan Keras Pemain Spurs Nyaris Tamatkan Karier Lawan
EPL
MakanBola
@ir1ci/Tottenham Hotspur

Bek tengah Spurs, Cristian Romero bernasib baik tidak dibuang padang semasa mereka menewaskan AFC Bournemouth 2-0 dalam aksi EPL semalam.

Dalam perlawanan tersebut, bek tengah Argentina itu berusaha menyekat pergerakan penyerang The Cherries, Antoine Semenyo daripada mara ke kotak penalti pelawat.

Ini mendorong bekas bek tengah Atalanta itu melakukan satu terjahan keras yang menangkap kaki Semenyo dengan bola berjaya dikeluarkan.

Ad

Di media sosial, ada yang menyifatkan terjahan tersebut sebagai bersih dan menunjukkan kualitinya sebagai tonggak baru pengurus Ange Postecoglou.

Ad

Begitupun, ada juga yang berpandangan Romero amat bernasib baik insiden tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada Semenyo dan tidak dikesan pembantu pengadil video (VAR).

Sekiranya itu berlaku, pemain pertahanan Argentina itu boleh saja dibuang padang atas kesalahan membahayakan pemain lain.

Ad

Spurs memenangi perlawanan semalam menerusi gol bintang England, James Maddison dan Dejan Kulusevski.