Terjahan Kungfu Pemain EPL Hampir Tamatkan Karier Kaoru Mitoma
EPL
Sky Sports
Advertisements

Pemain sayap Jepun dan Brighton, Kaoru Mitoma terlepas daripada mengalami kecederaan serius dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sheffield United hari ini.

Ini selepas pemain sayap berusia 26 tahun itu menerima terjahan keras ala kungfu oleh pemain pertahanan The Blades, Mason Holgate pada minit ke-13.

Pada awalnya, terjahan tersebut menyaksikan pengadil, Stuart Atwell hanya melayangkan kad kuning kepada Holgate.

Advertisements

Bagaimanapun, pemeriksaan rakaman insiden yang dibuat pembantu pengadil video (VAR), Michael Oliver mendapati terjahan pemain pinjaman dari Everton itu sebenarnya merbahaya kerana melepasi paras lutut.

Selepas memeriksa insiden di monitor, Atwell kemudiannya membatalkan kad kuning yang dilayangkan sebelumnya dan melayangkan kad merah kepada Holgate.

Sebaik video dan gambar insiden ini tular di media sosial, ramai peminat bola sepak mengecam tindakan Holgate. Ini kerana terjahan sebegitu boleh saja menamatkan karier permainan pemain profesional.

Advertisements

Hal ini turut dipersetujui legenda Sheffield Wednesday, Efan Ekoku. Beliau menyifatkan terjahan sebegitu sebagai merbahaya dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Itu memang (terjahan) liar. Itu cabaran yang teruk. Tiada simpati, tiada sebarang keadaan yang mengurangkan tahap keseriusan insiden tersebut.

“Itu salah satu daripada terjahan terburuk yang pernah saya lihat – pada paras lutut. Tiada sebab untuk melakukan (terjahan) liar itu,” katanya semasa mengulas perlawanan hari ini untuk EPL.

Advertisements

Setakat artikel ini ditulis, Sheffield United ketinggalan 2-0 kepada Brighton semasa rehat separuh masa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram