Terjunan Dua Atlet Filipina Gemparkan Dunia Sukan
UltraSukan
SGAG

Kisah dua penerjun Filipina yang pernah tular satu ketika dahulu kembali hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Nama John Elmerson Fabriga dan John David Pahoyo menjadi sebutan apabila kedua-duanya membuat terjunan mengejutkan dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal lelaki Sukan SEA 2015.

Terjunan tersebut mengakibatkan kedua-duanya tidak mendapat sebarang mata dalam terjunan keempat mereka. Pada akhirnya, Fabriga dan Pahoyo masing-masing menamatkan terjunan di tempat ketujuh dan kelapan dengan markah 236.90 dan 216.25.

Penerjun negara, Ooi Tze Liang meraih pingat emas acara terjun 3m papan anjal lelaki. Sementara Ahmad Sukran Jamjami (Indonesia) dan Lee Han Ming (Singapura) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Video terjunan kedua-duanya kemudian tular di media sosial selepas ia dimuat naik di halaman Facebook SGAG ketika itu.

Meskipun mengakui merasa malu dengan terjunan yang dilakukannya, Pahoyo berharap video mereka mampu menceriakan semua orang yang menonton.

Malah, beliau juga tetap menyatakan rasa bangga kerana membawa nama Filipina dalam acara berkenaan.

“Saya mentertawakan diri sendiri setelah melakukan terjunan ini. Tetapi selepas semua ini, ini bukan kali pertama saya gagal melakukan terjunan dan saya bukan orang pertama yang melakukannya.

“Dan saya masih bangga kerana tidak semua daripada kita mempunyai keistimewaan untuk mewakili negara kita sendiri untuk acara sukan besar seperti ini. Dan bolehkah saya bertanya kepada anda semua jika anda masih boleh tersenyum setelah merasa malu di hadapan ribuan orang?” katanya di ruang komen.

@philippinesyesterday

#Filipino #Dive #Fail#SEAGames #2015#SplashBrothers

♬ original sound – philippinesyesterday – philippinesyesterday

Meskipun video tersebut dimuat naik lebih sembilan tahun lalu, gelagat Fabriga dan Pahoyo terus menjadi bualan sehingga hari ini.