Terkini: Indonesia Bakal Uji Belanda
UltraSukan
Timnas Indonesia
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Indonesia bakal menentang skuad bola sepak wanita Belanda dalam aksi persahabatan pada 25 Oktober ini.

Ini merupakan sebahagian daripada perancangan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menghadapi AFF Women’s Championship yang bakal berlangsung dari 23 November sehingga 5 Disember.

Ad

Bagi merealisasikan usaha berkenaan, mereka akan dihantar ke dua negara iaitu Jepun dan Belanda. Manakala skuad wanita Indonesia Bawah 20 Tahun (B-20) pula akan ke Jordan.

Ad

“Mereka di Jepun sampai 21 Oktober, jadi hampir satu bulan. Setelah itu, mereka bertolak ke Belanda. Persekutuan (Bola Sepak) Belanda mengundang aksi persahabatan antarabangsa FIFA lawan pasukan kebangsaan Belanda,” kata Ahli Exco PSSI, Vivin Cahyani seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Vivin mengakui ini bukan tugas mudah buat anak buah Satoru Mochizuki. Ini disebabkan pasukan Belanda menduduki ranking ketujuh dunia berbanding Indonesia (ke-104 dunia).

Ad

Walau bagaimanapun, jurulatih Jepun itu memberi jaminan akan membentuk barisan terkuat bila menentang pasukan gergasi Eropah itu.

Ad

“Saya bertanya kepada Coach Mochi untuk lawan pasukan Belanda yang menduduki ranking ketujuh dunia. Jurulatih bilang, dia berani dan merasa terhormat bahwa kami diundang. Jadi harus berani ambil kesempatan ini,” ujarnya.

Ad

Skuad Indonesia B-20 pula akan berangkat ke Jordan bagi menghadapi pasukan wanita negara itu pada 30 Oktober ini.