Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selangor telah dikenakan beberapa hukuman berat berikutan keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di perlawanan Piala Sumbangsih bulan lalu.

Advertisements

Pada awal Mei yang lalu, Selangor yang merupakan pemenang tempat kedua Liga Super 2023 dijadualkan berdepan juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Walau bagaimanapun, The Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir serta menarik diri daripada bermain atas faktor keselamatan berikutan insiden melibatkan Faisal Halim selain ancaman yang diterima pemain dan pegawai.

Advertisements

Oleh itu, JDT telah dihadiahkan kemenangan percuma dengan keputusan 3-0 selain dihadiahkan tiga mata tanpa bertanding seterusnya menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali kesembilan dalam sejarah.

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu mesyuarat telah diadakan bagi membicarakan mengenai keputusan Selangor untuk tidak hadir ke aksi Piala Sumbangsih dan hukuman yang akan dikenakan.

Advertisements

“Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim,” tulis MFL dalam satu kenyataan.

Antara hukuman yang dikenakan ke atas pasukan Selangor adalah:

  1. Denda sebanyak RM100,000.
  2. Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL.
  3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
  4. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tapa penonton.

Selangor yang kini berada di tangga kedua carta Liga Super 2024/2025 dengan mengutip sembilan mata bakal jatuh ke tempat keempat liga dengan enam mata setelah hukuman pemotongan mata ini diambil kira.

Selepas ini, anak-anak buah Nidzam Jamil akan terbang ke Bumi Kenyalang untuk berdepan Kuching City dalam aksi pertama suku akhir Piala FA 2024/2025 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram