Tewas Kepada JDT, Irfan Bakti Geram Dengan Tindakan Pemain Import Jepun
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Kekalahan demi kekalahan dicatatkan pendatang baharu Liga Super 2023, Kuching City FC dan terkini, mereka telah mengalami kekalahan ke-9 musim ini selepas ditewaskan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-4 di Stadium Negeri, semalam.

Walaupun tugas yang agak mustahil untuk mencipta keputusan positif bertemu JDT, namun bagi pengendali Kuching City, Irfan Bakti beliau merasa bangga dengan prestasi barisan pemain Kuching City yang dianggap sudah pun beraksi dengan baik.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak berpuas hati dengan tindakan pemain import Kuching City dari Jepun, Yuki Tanigawa yang sangat mudah melepaskan Arif Aiman sehingga terhasilnya gol ketiga JDT. Pada pengamatan beliau, Yuki seharusnya melakukan sedikit kekasaran kepada Arif Aiman supaya dapat menghalang gol tersebut daripada dihasilkan.

Advertisements

“Kita (Kuching City) kick-off dulu dan daripada kick-off tu kita dah hilang bola. Dan tiga gol lagi tu mengecewakanlah terutamanya gol ketiga yang mana Yuki tidak seharusnya melepaskan larian (Arif Aiman) begitu selesa.

“(Yuki) harus buat sesuatu, small foul untuk menghalang daripada gol tersebut dapat dijaringkan. Dan daripada gol ketiga tersebut itulah terlampau mudah (JDT) mendapat gol keempat. Walau bagaimanapun, saya memuji pemain-pemain saya yang bermain begitu baik dan kami juga ada peluang (jaringkan gol),” luah Irfan Bakti kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Kuching City akan meneruskan saingan Liga Super dengan perlawanan seterusnya menentang finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC pada 24 Mei ini sebelum melayan kunjungan Negeri Sembilan FC pada 4 Jun.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram