Tewas Semua Aksi Di Turkiye, Penyokong Kedah Positif
Asia Tenggara
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bukan satu tugas mudah buat mana-mana jurulatih untuk membina pasukan yang 80 peratus merupakan muka-muka baharu. Itu juga yang terjadi kepada jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang kini giat mempersiapkan pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2023.

Baru-baru ini, barisan pemain dan kejurulatihan skuad Liga Super Kedah telah terbang ke Turkiye bagi menghadapi jelajah pra musim di sana. Dengan keseluruhan empat perlawanan yang diharungi, Kedah mencatatkan rekod kurang baik apabila tewas keempat-empat perlawanan tersebut.

Pada perlawanan pertama di Turkiye, Kedah tewas 1-2 kepada kelab Uzbekistan, FC Nasaf sebelum Kedah tewas 0-2 kepada kelab Kazakhstan, FC Shakhter Karagandy. Episod kekalahan Kedah di Turkiye berterusan apabila tewas 1-2 kepada pasukan dari Kazakhstan, FC Maktaaral dan mengakhiri jelajah pra musim dengan kekalahan 0-2 kepada pasukan Liga Ukraine, FC Metalist Kharkiv.

Advertisements

Walaupun jelajah pra musim Kedah di Turkiye berakhir tanpa sebarang kemenangan, namun penyokong Kedah tidak cepat menekan butang panik apabila rata-rata mereka yakin dengan proses pembentukan pasukan di bawah kendalian jurulatih Nafuzi Zain semakin menampakkan hasilnya.

Melalui tinjauan di ruangan komen, segelintir penyokong Kedah teruja dengan corak permainan Kedah yang dilihat semakin pantas namun merasa sedikit gusar dengan ketajaman penyudah yang kurang memberangsangkan.

Advertisements

Jelajah pra musim Kedah di Turkiye juga menyaksikan Nafuzi memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi dan dikhabarkan beliau sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama untuk diturunkan dalam aksi pertama Liga Super 2023 menentang Perak FC di Ipoh pada 25 Februari depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram