Thai League 1: BG Pathum United Pamer Kebangkitan Tewaskan Port
Asia Tenggara
BG Pathum United
Advertisements

Wakil Thailand dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Port 3-2.

Dengan kedua-dua pasukan masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga liga, kemenangan malam ini mampu memperkukuh cabaran mereka ke atas pendahulu liga, Bangkok United.

Babak pertama menyaksikan Port yang menggunakan formasi 4-1-4-1 terpaksa bertahan dengan serangan bertubi-tubi The Rabbits.

Advertisements

Itu tidak menghalang mereka daripada menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit. Port Lions mendahului menerusi bek kanan Suphanan Bureerat pada minit ke-27.

Lima minit selepas itu, giliran pemain sayap Pakorn Prempak pula menembusi gawang yang dikawal Kittipong Phuthawchuek. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, BG Pathum mula mendominasi tuan rumah dan tidak memberi sebarang ruang kepada mereka untuk menyerang.

Penantian gol mereka berakhir pada minit ke-76 menerusi pemain tengah Freddy Alvarez selepas menerima hantaran penyerang Singapura, Ikhsan Fandi.

Advertisements

Kebangkitan BG Pathum lengkap apabila VAR mengesan kekasaran ke atas Alvarez dalam kotak penalti Port pada minit ke-82.

Penalti tersebut mudah disempurnakan penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda untuk gol penyamaan The Rabbits. Ini merupakan gol sulung beliau dalam liga musim ini.

Advertisements

Kedua-dua pasukan terus berusaha mendapatkan gol tambahan. Bagaimanapun, BG Pathum lebih beruntung apabila Teerasil menyumbat gol keduanya pada minit akhir permainan.

Keputusan ini menyaksikan BG Pathum memintas Bangkok United sebagai pendahulu liga dengan 24 mata. Sementara Port jatuh ke tangga ketiga liga dengan 20 mata.

Sofascore memilih Teerasil sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.4 mata. Sementara Suphanan dipilih sebagai pemain terbaik Port Lions dengan markah 7.5 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram