Thai League 1: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Januari
MakanBola
BURIRAM UNITED
Sponsors

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terpilih sebagai pertahanan terbaik bagi bulan Januari dalam saingan Thai League 1.

Pemain berusia 26 tahun itu jelas mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu setelah melengkapkan perpindahan daripada FK Jablonec kira-kira sebulan yang lalu.

Ad

Bekas bintang Club Brugge ini terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Masatada Ishii apabila tenang mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Ad

Cools sebelum ini telah pun dinobatkan selaku pertahanan terbaik pada minggu ke-16 setelah membantu pasukan mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Beliau berjaya mengekalkan konsistensi permainan di atas padang sekaligus mengukuhkan cengkaman Buriram United selaku pendahulu liga.

Ad

Kini, beliau terpilih dalam kesebelasan terbaik bagi bulan Januari sekaligus membuktikan kualiti yang dimiliki oleh tunjang utama Harimau Malaya ini.

Ad

Buriram kini selesa mendahului puncak saingan apabila mengumpul 45 mata selepas mengharungi 17 perlawanan tanpa kalah.

Ad

BG Pathum United bakal menghadirkan cabaran terbaik apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu hujung minggu ini.