Thai League 1: Muangthong United Belasah Uthai Thani, Zafuan Azeman Terus Kempunan
Asia Tenggara
Uthai Thani FC
Advertisements

Kemarau kemenangan Uthai Thani berterusan selepas menyaksikan mereka dibelasah Muangthong United dalam aksi Liga Thai 1 sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan jaringan awal.

Uthai Thani yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan melalui sepakan penalti Ricardo Santos pada minit ke-25.

Advertisements

Pada minit ke-34, kesilapan penjaga gol Maungthong, Kawin Thamsatchanan membawa padah apabila beliau menjaringkan gol sendiri selepas tertampan percubaan penyerang Utahi Thani.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Muangthong tampil dengan corak permainan lebih tersusun bagi merapatkan jurang jaringan.

Advertisements

Usaha tanpa henti Muangthong akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-49, Thanawat Suengchitthawon merapatkan kedudukan menjadi 2-1 hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Muangthong terus mengasak ke kubu Uthai Thani. pada minit ke-55, pemain sayap dari Brazil, Willian Popp berjaya menyamakan kedudukan buat Muangthong apabila menyudahkan hantaran Jaroensak Wonggorn.

Jaroensak Wonggorn nyata menjadi nadi kebangkitan buat Muangthong apabila pemain sayap kebangsaan Thailand itu menjaringkan gol ketiga buat Muangthong pada minit ke-60 melalui rembatan leret untuk menjadikan kedudukan 3-2 memihak Muangthong.

Advertisements

Kedudukan tersebut hanya bertahan 9 minit sahaja. Kali ini Willian Popp menjaringkan gol peribadi kedua beliau dalam perlawanan ini melalui sepakan penalti.

Pesta gol Muangthong ditutup melalui satu lagi penyudah Jaroensak pada minit ke-77 yang merembat leret menewaskan penjaga gol Uthai Thani, Boonyakait Wongsajaem sekali gus memberikan kemenangan besar 5-2 buat Muangthong.

Pemain Malaysia yang beraksi untuk Uthai Thani, Zafuan Azeman turut disenaraikan dalam perlawanan ini namun beliau berada di bangku simpanan dan tidak dibawa masuk.

Advertisements

Kemenangan ini meletakkan Muangthong berada di tangga ke-5 liga dengan mengumpul 34 mata manakala Uthai Thani berada di tangga ke-14 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram